Persediaan solat jenazah:
- Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Cara solat jenazah yang betul:
- Dimulakan dengan berdiri kemudian niat seperti berikut:
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) bersama dengan niat di dalam hati dan dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) dan kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) seterunya membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat yang merupakan takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seterusnya membaca doa seperti berikut:
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Setelah selesai memberi salam,anda boleh membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
Semoga panduan ini dapat memudahkan urusan solat jenazah kita.
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)