Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Maahad Yayasan Islam Kelantan

Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Maahad Di Bawah Yayasan Islam Kelantan ok? Anda boleh mengikuti cara-cara permohonan masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Maahad Di Bawah Yayasan Islam Kelantan.
memohon-masuk-sekolah-yik
Berikut merupakan kaedah untuk membuat Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Maahad Yayasan Islam Kelantan :

Sila ikuti langkah dibawah;
Syarat Memohon Masuk Ke Tingkatan Satu Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan

Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:




SYARAT-SYARAT MEMOHON

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2004 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR 2015 mendapat 5A

1.3  Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan / Maahad Kawalan

1.5  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan.

1.6  Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan didaftar.

1.7  MAKLUMAN: Permohonan untuk sessi 2016 akan ditutup 2 minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

Syarat Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan

Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN
2. MAAHAD RAHMANIAH, KUALA KRAI
3. MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
4. MAAHAD SANIAH, PASIR PUTEH
5. MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, KOTA BHARU
6. MAAHAD AHMADI, TANAH MERAH
7. MAAHAD AMIR INDERA PETRA, BERIS, BACHOK
8. MAAHAD AR RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN
9. MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
10. MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG

SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2004 adalah layak memohon masuk Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR 2015 sekurang-kurangnya 2A

1.3  Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Maahad yang berkenaan

1.5  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan
1.6  MAKLUMAN: Permohonan untuk sessi 2016 akan ditutup 2 minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

Semoga Cara Memohonan Masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Maahad Di Bawah Yayasan Islam Kelantan ini dapat memudahkan anda memohon.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)