Surat rasmi berhenti kerja | Contoh yang senang dan terbaik

Surat rasmi berhenti kerja | Contoh yang senang dan terbaik ok? Berikut disertakan contoh surat notis berhenti kerja (resignation letter) dalam Bahasa Malaysia untuk panduan semua. Tempoh Notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun 1 atau 2 dan mungkin 3 bulan biasanya bergantung kepada kontrak yang tertera semasa penerimaan tawaran pekerjaan.

contoh-surat-rasmi-berhenti-kerja

CONTOH SURAT 1

KFC USJ 20 DRIVE THRU,
LOT 49946, JLN P’SIARAN KEWAJIPAN,
USJ 20 47630 SUBANG JAYA SELANGOR
________________________________________________________________________

LOT 63, LORONG 3,
KG. KENANGAN BATU 13,
47100 PUCHONG SELANGOR
PERKARA: PERLETAKKAN JAWATAN
MERUJUK PERKARA DI ATAS SAYA MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR  SELAKU STAFF KFC USJ 20 INGIN MELETAKKAN JAWATAN BERMULA 1/12/12 ATAS SEBAB INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA  MEMBERI SAYA PELUANG BEKERJA DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG SAYA BEKERJA DISINI.
DISINI SAYA INGIN MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN  DAN KESULITAN YANG TIMBUL SEPANJANG BEKERJA DI RESTORAN INI  AMAT SAYA KESALI.
SEKIAN TERIMA KASIH
YANG BENAR,
_______________________________
(MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR)

kredit Zaman Muda Ku

CONTOH SURAT 2 :
*********************************************************************************

Nooramyma Ommar
Batu 7 ½, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu,
Sabah.


Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Big Wheel Green Tyres                                                                                     8 Mei 2014

Puan,

PER : PERLETAKAN JAWATAN
                         
Merujuk perkara di atas, saya Nooramyma Binti Ommar, A113, bertugas sebagai General Admin and Human Resources ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 8 Mei 2014 hingga 8 Jun 2014.

Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.

Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikatkerana telah banyak memberikan tnjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________
(NOORAMYMA OMMAR)
GA & HR

Semoga Surat rasmi berhenti kerja | Contoh yang senang dan terbaik ini dapat membantu anda menulis dengan kemas dan profesional.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)