Borang Permohonan 2016 Asrama 1Malaysia A1M KPM

Borang Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2016 ok? . Dimaklumkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.
Borang-Permohonan-Asrama-1Malaysia-A1M-KPM

PERMOHONAN KEMASUKAN ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) TINGKATAN 1 KPM 2016
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.
 Asrama 1Malaysia A1M KPM.Borang Permohonan A1M 2016.

Muat turun Borang Permohonan 2016 Asrama 1Malaysia A1M KPM
Berikut merupakan link untuk download borang:-

Syarat-Syarat Permohonan A1M 2016 Tingkatan 1
  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2016 sahaja.
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
  5. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
  6. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU  salinan dokumen yang telah disahkan  seperti berikut:
  • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
  • Salinan Keputusan UPSR 2015
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2015
  • Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
  • Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
  • Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD
  • Sekolah Yang Menawarkan Asrama 1Malaysia

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:
BIL  ASRAMA 1MALAYSIANAMA SEKOLAH
1A1M KUALA LUMPURSMK VICTORIA, KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
SMK ST JOHN, KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
2A1M JOHORSMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHORPEREMPUAN SAHAJA
3A1M SABAHSMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAHLELAKI & PEREMPUAN
4A1M SARAWAKKOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAKLELAKI & PEREMPUAN

Maklumat Permohonan A1M 2016

  • Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan. 
  • Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. 
  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016. 
  • Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015 Pautan khas : http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)