Hukum Gugurkan Kandungan

Hukum Pengguguran | Saya ada membaca fatwa mengenai pengguguran disebabkan rogol. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol.
hukum gugurkan kandungan

Muzakarah telah memutuskan bahawa: 

1) Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
2) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Saya faham untuk keterangan 1. Namun saya ingin bertanya bagi keterangan 2., bagi pengguguran bawah 40 hari, adakah ia makruh? dan 40 - 120 hari pula makruh yang amat dilarang jika kandungan itu tidak cacat dan tidak berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Maksud saya disini, adakah hukum bagi pengguguran bawah 40 hari atau 40 - 120 hari sama dengan hukum bagi pasangan yang sudah berkahwin?

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus


Penjelasan Hukum Gugurkan Kandungan:

Berdasarkan analisa kepada 3 fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, panduan bagi menjelaskan hukum menggugurkan janin adalah merujuk kepada penjelasan berikut, tanpa membezakan antara satu kes dengan kes yang lain:

Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat selepas berumur 120 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.

Menurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti para fuqaha’ berpendapat pengguguran yang dilakukan di peringkat ini adalah makruh dan disyaratkan dengan tiga syarat iaitu persetujuan daripada kedua suami isteri, tidak mendatangkan bahaya dan kenyataan daripada dua orang doktor pakar yang adil.

Peringkat mudhghah pula bermula pada hari 40 hingga 4 bulan (120 hari) seseorang itu mengandung dan pada peringkat ini sudah nyata bentuk awal anggota janin tersebut. Pengguguran yang dilakukan pada peringkat ini hukumnya makruh yang amat dilarang. Walaubagaimanapun sekiranya disahkan oleh doktor bahawa pengguguran perlu dilakukan bagi mengelakkan bahaya yang akan mengancam keselamatan dan nyawa si ibu, maka dalam keadaan ini hukumnya adalah harus.

Melakukan pengguguran selepas kandungan berumur 120 hari adalah haram kerana pengguguran pada peringkat ini telah dianggap sebagai satu jenayah terhadap bayi atau janin yang telah sempurna hidup. Walaubagaimanapun harus menggugurkannya bagi menyelamatkan nyawa ibu dan di atas nasihat doktor yang pakar dan adil bahawa tidak ada jalan lain kecuali menggugurkan kandungan. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu “Memilih mana yang lebih ringan kemudharatan bagi mengelak mudharat yang lebih berat”.

Wallahu a'lam | sumber

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)