Bajet 2017 - Isu Perumahan Terkini

bajet2017-bajet 2017-perumahan-hartanah-rumah-kontraktor

BAJET 2017 : Perkara Anda WAJIB Tahu Berkaitan Isu Perumahan  ok? Peningkatan had pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM200,000 dan RM750,000 daripada RM120,000 dan RM600,000.
Menyiapkan sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ia akan dijual pada harga RM90,000 hingga RM300,000, iaitu 20% di bawah harga pasaran.

Penyediaan tanah kosong Kerajaan di lokasi-lokasi strategik untuk GLC dan PR1MA untuk membina lebih daripada 30,000 unit rumah mampu milik dengan harga jualan antara RM150,000 hingga RM300,000, jauh lebih rendah berbanding sekarang di antara harga RM250,000 hingga RM450,000.
Membina sekitar 10,000 buah rumah di kawasan bandar untuk disewa kepada belia yang layak, dengan pekerjaan tetap termasuk graduan muda yang memasuki pasaran buruh.

Membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR), dengan Kerajaan memberi subsidi sehingga RM20,000 seunit. Sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan kepada SPNB.

Memperkenalkan skim baru khas “penambahan” pembiayaan akhir (end financing) untuk program PR1MA, di mana 12,000 unit bernilai RM3 bilion telah ditempah. Pembiayaan akan menjadi lebih mudah untuk pembeli dengan jumlah pinjaman sehingga 90% kepada 100%, dengan kadar penolakan pinjaman akan dikurangkan secara drastik. Sebagai contoh, pemohon yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000, kini layak untuk meminjam lebih daripada RM187,000, akan dapat pinjaman sebanyak RM295,000.

Pengecualian duti setem akan ditingkatkan kepada 100% ke atas instrumen pemindahan dan pinjaman perumahan (instruments of transfer and housing loan instruments), untuk membantu kurangkan kos pemilikan rumah pertama. Pengecualian ini adalah terhad kepada rumah dengan nilai sehingga RM300,000 untuk pembeli rumah pertama untuk tempoh 1 Jan 2017 ini hingga 31 Disember 2018.
Pembinaan Rumah Generasi Ke-2 FELDA dan pembangunan infrastruktur, sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Felda, RM100 juta untuk Felcra, dan RM100 juta untuk Risda.

Kerajaan akan melaksanakan MyBeautiful New Home, terutamanya bagi kumpulan B40 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.  Pada peringkat awal, sebanyak 5,000 unit akan dibina dengan harga antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Kerajaan akan membiayai RM20,000, manakala baki akan dibayar secara ansuran oleh setiap pemilik.

Membina sebanyak 9,850 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan sebanyak RM134 juta.Pada masa ini sebanyak 11,250 rumah PPR sedang dibina dengan peruntukan sebanyak RM576 juta. Rumah-rumah PPR itu akan dijual pada harga antara RM35,000 dan RM42,000.

Anda boleh dapatkan laporan penuh bagi BAJET 2017 semalam  DI SINI

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)