Permohonan Daftar Cerai Secara Online Malaysia

Permohonan Daftar Cerai Secara Online Malaysia ok? Berikut adalah cara atau panduan Permohonan Daftar Cerai Secara Online Malaysia terkini. Berikut merupakan prosedur untuk permohonan Daftar Cerai bagi negara Malaysia.

1. Permohonan Daftar Cerai

Laman ini menyediakan Borang Permohonan Pendaftaran Perceraian bagi memudahkan pengguna atau orang awam memohon pendaftaran cerai secara online tanpa perlu hadir ke Pejabat Agaman Islam Daerah  berhampiran.

Laman ini juga membolehkan kerani data memasukkan maklumat pemohon secara online, apabila pemohon hadir membuat pendaftaran perceraian secara manual setelah mendapatkan kelulusan dari Mahkamah Syariah.

Dengan cara demikian, maklumat pemohon dapat disimpan dengan lebih sistematik, di samping mempercepatkan proses pengeluaran Surat Perakuan Cerai kepada pemohon dan urusan-urusan yang berkaitan di pejabat.

2. Permohonan Salinan Daftar Cerai

Surat Perakuan Cerai adalah antara dokumen perkahwinan yang penting bagi individu yang telah bercerai. Oleh yang demikian ia perlu disimpan di tempat yang selamat.

Namun begitu, sekiranya berlaku kahilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen perceraian yang baru boleh dipohon di Pejabat Kadi Daerah.

Sehubungan dengan itu, laman ini menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Cerai secara online bagi membantu dan memudahkan individu yang bercerai di Johor, memohon salinan surat perakuan cerai yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di Pejabat Kadi Daerah.

PROSEDUR PERCERAIAN

1. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Syari‘ah di mana (tempat) dia bermastautin.

2. Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan kepada Mahkamah Syari‘ah, pihak suami isteri diminta membuat pengaduan ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama Islam Daerah untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.

3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.

4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.

5. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.

6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai da Ruju` Negeri Melaka.

7. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.

8. Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil cerai.

9. Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Mahkamah Syari‘ah di mana tempat ia bermastautin/tinggal.

10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat perceraian tersebut berdasarkan keputusan Mahkamah.

Permohonan Daftar Cerai Secara Online Malaysia

2 comments.. read them below or add one

Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Mei, 2017
Cara penceraian bagi orang yang bukan Islam.saya mahu tahu bagaimana cara terbaik sebab pihak perempuan tidak mahu bercerai.tapi Kami sudah lama tidak diam bersama.
Keliru Keliru 16 September, 2017
Salam,saya hebdak bertanya bagaimana sekirany surat cerai saya dicop dibatalkan sedangkn saya memang sudah bercerai.adakah ia sah

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)