Panduan Sujud Sahwi | Bacaan Sujud Mengikut Tertib yang betul? Berikut adalah tata cara melakukan sujud sahwi bilamana kita terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau sujud dan sebagainya.
Maksud Sahwi
Maksud sahwi adalah lupa.Dari segi syarak bermaksud terlupa sesuatu ketika dalam solat.
Sebab-sebab diharuskan sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
- Kerana kelebihan
- Kerana ragu-ragu
- Kerana kekurangan
Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.
Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.
Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah satu sunat aba'ad seperti tahiyat awal atau doa qunut.
Cara Sujud Sahwi Bergambar
Berikut adalah Tertib Cara sujud sahwi bergambar yang admin sediakan seperti dibawah.
Video Sujud Sahwi
Video cara sujud sahwi dibawah bagi memudahkan anda untuk memahami dengan lebih baik lagi.
Manfaat Sujud Sahwi
Manfaat Sujud Sahwi adalah bilamana semasa anda solah, anda ragu-ragu atau tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.Sujud sahwi berapa kali ? Ianya hanya dilakukan sebanyak 2 kali.
Bacaan ketika sujud sahwi
Cara bacaan bagi sujud sahwi adalah seperti gambar dibawah
Bacaan duduk antara dua sujud sahwi |
Semoga artikel mengenai cara atau kaedah sujud sahwi yang betul ini menjadi panduan buat anda, semoga bermanfaat. terima kasih :)
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)