Kaedah-Kaedah/Saluran Bayaran Saman Trafik
Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :-
i. Melalui Internet
Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :
www.myeg.com.my dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
www.rilek.com.my
* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap
satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.
ii. Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit.) Kaunter Trafik COPS
Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.· Kaunter JPJ yang terpilih
- JPJ Johor Bharu
- JPJ Kuantan
- JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
- JPJ Ipoh
- JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- JPJ Padang Jawa, Selangor
- JPJ Kuala Terengganu
· Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah .
- TERMINAL ONE Seremban
- PERANGIN MALL Pulau Pinang
- QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
- JAYA JUSCO Ipoh
- THE CURVE Petaling Jaya
- IOI MALL Puchong
iii. Melalui Mesin ATM Maybank
Bayaran boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut :· Langkah 1
>Pilih 'PayBills' pada menu utama
· Langkah 2
>Pilih 'Pembayaran Saman PDRM'
· Langkah 3
>Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru
· Langkah 4
>Pilih akaun untuk bayaran
· Langkah 5
>Pilih saman perlu dibayar
* Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan.
* Pra-pendaftaran tidak diperlukan.
Semoga Kaedah-Kaedah/Saluran Bayaran Saman Trafik membantu anda selesaikan masalah saman. Goodluck!
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)