Panduan Cara Membuat Ujian Saringan HIV di Klinik
Langkah 1 : Kenalpasti Klinik- Telefon klinik tersebut untuk tanya tentang ujian saringan HIV. Lain klinik, lain prosedur dan masa. Sesetengah klinik, ada yang kena buat appointment terlebih dahulu dan ada juga yang terus walk in.
- Masa untuk ujian HIV juga berbeza mengikut lokasi. Ada klinik yang buat 2 sesi iaitu bermula 8.00 pagi-12.00 tengahari dan 2.00 petang - 4.00 petang.
Langkah 2 : Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
- Memberitahu nurse yang bertugas bahawa anda ingin membuat ujian HIV
- Serahkan Kad pengenalan, Nurse akan berikan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan beserta boran kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV ( Mengikut negeri ).
- Bayaran yang dikenakan adalah RM 1 Ringgit.
Langkah 3 : Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test
- Setelah borang siap diisi, sila serahkan borang tersebut ke kaunter dan tunggu sehingga nama anda dipanggil.
- Bagi ujian HIV, nurse akan menggunakan Rapid Test Kit dan keputusan boleh diketahui dalam masa 5-20minit.
- Darah akan di ambil dari jari tengah dan menggunakan lancet needle.
Langkah 4 : Keputusan Ujian HIV Reaktif Atau Tidak Reaktif
- Anda akan terus mendapat keputusan tersebut beserta satu sampul untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan.
Bagi keputusan yang reaktif (positif), bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak. Bagi yang ingin kahwin kali ke 2,3,4,5 pun kena buat jugak ye ujian HIV ini.
Semoga Artikel mengenai Panduan cara membuat Ujian HIV untuk Perkahwinan ini bermanfaat dan membantu anda supa lebih bersedia.
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)