Doa/Wirid/Zikir Selepas Solat Bacaan Betul Arab dan Rumi

Doa/Wirid/Zikir Selepas Solat Bacaan Betul Arab dan Rumi ok? Panduan Bacaan Doa/Wirid/Zikir Selepas Solat Yang Betul dan mudah. Berikut merupakan bacaan doa ringkas selepas solat fardu beserta bacaan dalam rumi khusus buat umat islam untuk panduan dan rujukan dari masa ke masa.
Doa/Wirid/Zikir Arab dan Rumi

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Arab dan Rumi   

doa-zikir-wirid-selepas-solat

Bacaan Doa Dalam Rumi
Bismillah hir'rahma nirra'him Alhamdulillah hirob bil a'lamin Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waiz kholnaal jannata maal iiman waad khilnal jannata ma al iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim tahtam alaina bisuu ii' khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiin 
Sumber - http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-selepas-solat-ringkas.html

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Bacaan Doa/Zikir selepas Solat

Bacaan Zikir selepas Solah klik disini http://www.musafirzaman.com/2015/11/zikir-dan-doa-selepas-solat-fardu.html
Nota* Semoga wirid bacaan doa selepas solat ini berguna kepada anda, satu amalan yang istiqomah(berterusan) lebih baik dari 1 ribu karomah(kemulian) - Selamat beramal :)

4 comments.. read them below or add one

AL-FAH AL-YUS AL-FAH AL-YUS 07 Disember, 2016
Alhamdulillah semoga kerja buat tuan akan mendapat keredhaanNya dan memberi manfaat kepada semua anak, cucu, cicit Nabi Adam dan ummat Nabi Muhammad saw. Jazak Allahu Khair

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)