Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua 20 universiti awam di seluruh negara mencapai persetujuan melarang penggunaan vape di universiti masing-masing.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama naib canselor semua 20 universiti berkenaan dalam mesyuarat pada Jumaat lalu.
“Walaupun terdapat naib canselor yang mengumumkan pengharaman menghisap vape dan rokok di kawasan universiti sebelum ini, saya menyifatkan keputusan bersama ini lebih tepat.
“Sebelum ini, hanya rokok yang diharamkan tetapi kini diperluaskan pada vape atau rokok elektrik,” katanya selepas melancarkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia ke-6 di Dewan 2020 di sini malam kelmarin. | Petikan kosmo
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)