Semakan permohonan BR1M 2016 status permohonan

Semakan BR1M 2016 status permohonan ok? Semakan permohonan BR1M 2016 status permohonan Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya Bagaimanapun, keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2016

semakan br1m 2016

Anda boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

Langkah 1 Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s
Langkah 2 Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia Klik pada butang Semakan Status Permohonan Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran

Soalan Keselamatan

Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan akan dipaparkan

Paparan Status Permohonan

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut
Nota Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Semoga anda berjaya membuat permohonan BR1M 2016.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)