Semak Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Online Dan SMS

Semak Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online Dan SMS ok? Berikut merupakan cara semak saman trafik tertunggak PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES)  secara Online dan SMS.

SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE

Terdapat 3 portal yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara online dan kesemuanya percuma:

1. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Layari www.myeg.com.my
Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.

Rilek e-Services

Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.
Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar (sekiranya belum daftar).
Login menggunakan nama dan kata laluan.
Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.

JPJ

Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.
Layari laman Semakan Saman JPJ.
Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
(contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKad: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
Akhir sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".

II) SEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Berikut adalah cara menyemak saman trafik melalui SMS:
◎ Semak saman PDRM melalui SMS
semak saman trafik PDRM
Taipkan:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
Contoh:
POLIS SAMAN 841220122332 atau
POLIS SAMAN WEP1234

Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email]
dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
Contoh:

POLIS SAMAN 740523015555 ahmadalbab@gmail.com

◎ Semak saman JPJ melalui SMS
 Semak saman JPJ melalui SMS

semak saman JPJ
Taipkan
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 841220122332 atau
JPJ SAMAN WEP1234

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai hitam JPJ atau PDRM.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)