Permohonan online Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2015/2016 Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 mulai 26 November hingga 20 Disember 2015.
Berikut merupakan lampiran yang telah disediakan mengenai Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Lampiran Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
1. Murid Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 dipelawa untuk memohon bagi mengikutiProgram Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKTBN) berikut:
IKTBN Bukit Mertajam , Pulau Pinang
Kursus SKM- Teknologi Pemesinan CNC
- Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)
- Mekanik Industri
- Elektronik Industri
IKTBN Pagoh , Johor
Kursus SKM- Teknologi Pemesinan CNC
- Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)
- Mekanik Industri
- Kimpalan
Syarat Kemasukan Murid Bagi Murid Tingkatan 3 Tahun 2015 (Aliran Perdana & Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /
- Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau
- Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
- Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
- Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing
- manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh
- mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon bebas daripada masalah mental ;
- Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
- Calon berminat dengan kursus dipohon.
Kemudahan yang disediakan :
- Asrama disediakan
- Elaun RM 100/bulan (Tahap 1/2)
- Elaun RM 200/bulan (Tahap 3)
- Makan minum : ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan\
Maklumat kursus :
- Murid akan mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/2/3 selama dua (2) tahun di IKTBN yang terlibat.
- Murid akan mengikuti On Job Trainning selama 3 bulan di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Murid akan mengikuti modul pengajaran sepenuhnya oleh IKTBN dan KBS
- Murid akan menjadi belajar sepenuh masa di bawah tanggung jawab KBS.
Permohonan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) :
Permohonan online Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Institut Kemahiran TinggiBelia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 dibuka mulai 26 November hingga 20
Disember 2015.
Sila layari laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my - http://www.sptv.moe.gov.my
Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut,
boleh terus menghubungi 03884 5067 / 5089 / 5088
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)