Permohonan SPA Melalui Borang SPA8i Lepasan SPM Secara Online

Permohonan SPA Melalui Borang SPA8i Lepasan SPM Secara Online | Permohonan online  SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.
Permohonan SPA8i

Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM

Untuk mendapatkan borang SPA8 secara online, sila KLIK DISINI
Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.
spa8i 

Syarat-syarat Permohonan

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

* Syarat terkini SPA

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
(a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
(b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
(c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)

Pemohon boleh mengemaskini SPA8i    dan menyemak    status permohonan
pada   bila-bila   masa   seperti   maklumat   temuduga   dan peperiksaan  dimana  sistem  ini  dijana  secara  automatik  dalam  tempoh 24 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Pautan Baru Borang SPA8i

* Berikut merupakan dua pautan baru bagi Borang SPA8i:
1. Klik Putra 12 http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Klik Putra 2 http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp | sumber panduanmalaysia.com

1 comment... add one now

Ayunee Jamil Ayunee Jamil 22 Mac, 2017
macam mane nak mohon kolej kejururawatan nii ..boleh bagi pencerahan

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)