Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016

Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah teknik 2016

Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 ok? Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2016 kini sudah dibuka secara online mulai 5 Oktober 2015 sehingga 20 Disember 2015. Pemohon yang berkelayakan boleh memohon melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan secara Online:
Layari laman sesawang berikut : https://sptv.moe.gov.my/
Panduan permohonan secara online : Panduan_Permohonan_SPTV_PERDANA.pdf

Permohonan Masuk Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2016 secara online

Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) tahun dan murid diberi latihan dalam dua (2) komponen iaitu:
Komponen akademik – menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)
Komponen vokasional - mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS)
Info Setiap Program Kursus : infokursus_pav.pdf
Senarai Kolej Vokasional di seluruh negara : senarai-kolej-vokasional-dan-kursus.html

JADUAL PROSES KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2016
Permohonan Secara Online: 5 Okt 2015 ~ 21 Dis 2015
Pemprosesan Permohonan (BPM): 21 Dis 2015 ~ 5 Jan 2016
Sesi Temuduga (Sekiranya perlu) & Pemilihan: 8 Jan2016  ~ 17 Jan 2016
Semakan Keputusan Kemasukan Secara Online: 18 Jan 2016 ~ 25 Jan 2016
Pendaftaran Masuk: 26 Jan 2016
Syarat-Syarat Kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2016

1. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
Calon adalah Warganegara Malaysia;
Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
Calon sihat tubuh badan ;
Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
Calon bebas daripada masalah mental;
Calon berminat dengan program dipohon;
Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

2. SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM
Calon adalah Warganegara Malaysia;
Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
Calon sihat tubuh badan ;
Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
Calon bebas daripada masalah mental ; dan
Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

3. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) - ALIRAN TEKNIKAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM :
Calon adalah Warganegara Malaysia;
Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
Calon sihat tubuh badan ;
Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
Calon bebas daripada masalah mental;
Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
Calon bidang *Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.
SYARAT KHUSUS
Khusus untuk Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian Dan Perdagangan
Calon memperoleh sekurangkurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup
Calon memperoleh sekurangkurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains.

4. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
Calon adalah Warganegara Malaysia;
Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJSK), Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
Calon sihat tubuh badan ;
Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
Calon bebas daripada masalah mental;
Calon berminat dengan program dipohon;
Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

5. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
Calon adalah Warganegara Malaysia;
Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
Calon sihat tubuh badan ;
Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
Calon bebas daripada masalah mental;
Calon berminat dengan program dipohon;
Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat
pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

Semoga Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 membantu anda

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)