Permohonan Kebenaran Nikah | Senarai Semak Dokumen Online ok ? Berikut merupakan Senarai perkara yang perlu disiapkan oleh pasangan pengantin bagi mendapat kebenaran nikah.
DOKUMEN WAJIB
1. Kad Pengenalan/Pasport Pemohon dan pasangan (Asal dan 1 salinan)2. Sijil kelahiran (Jika tiada kad pengenalan) (Asal dan 1 salinan)
3. Surat Pengesahan bujang dari majikan, ketua kampung atau imam (Asal)
4. Pengesahan Ujian Saringan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan (Asal)
5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Asal dan 1 salinan)
6. Kad Pengenalan wali (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
7. Sijil Kelahiran wali (Saudara lelaki yang pertama bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
8. Surat perakuan nikah atau surat perakuan cerai ibu/bapa (Bagi pemohon perempuan) (1
salinan)
DOKUMEN BERKAITAN
1.Sijil/ Surat/ Kad akuan menganut Islam. Pengesahan & pendaftaran di JabatanAgama/Majlis Agama Islam jika memeluk Islam di Luar Negara (jika berkenaan) (Asal dan
1 salinan)
2. Surat kebenaran majikan jika Polis atau Tentera (Asal)
3. Surat Pengesahan mastautin jika alamat Kad Pengenalan tidak sama (Asal)
4. Surat Kebenaran Mahkamah Syariah bagi pemohon bawah umur / Poligami / tiada wali /
wali enggan / janda berhias (Asal)
5. Surat kebenaran berkahwin dari pasangan jika pasangan ingin berkahwin di kariah pemohon
perempuan luar kariah/ Negeri / Negara (Asal)
6. Surat wakalah wali (Jika berwakil wali bagi pemohon perempuan)(Asal)
7. Sijil Kematian Bapa atau Datuk (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan) (1 salinan)
8. Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Persekedudukan Semula (Rujuk) dan Sijil
Kematian pasangan jika bercerai mati (Asal dan 1 salinan)
9. Surat Perakuan Cerai (Asal dan 1 salinan)
10. Perintah pembubaran perkahwinan dari mahkamah syariah jika pasangan tidak menganut
Islam (Asal)
11. Sijil Temuduga Perkahwinan bagi kes tertentu di Melaka sahaja.
DOKUMEN LAIN BAGI BUKAN WARGANEGARA
1. Surat cabutan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jika warga tetap (3salinan)
2. Surat Pengesahan dan Pas lawatan dari Imigresen (jika warganegara asing)
3. Surat Kebenaran Majlis Agama/ Pusat Islam/ Pejabat Agama Negara asal (jika warganegara
asing) (Asal)
4.
Surat kebenaran berkahwin warganegara asing dari kedutaan negara pemohon yang telah
disahkan oleh Kementerian Luar Negeri kecuali bagi warganegara asing yang telah
mendapat status taraf Penduduk Tetap di Malaysia (Asal)
5. Surat akuan sumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau surat pengesahan
dari Kementerian Luar Negeri sekiranya tiada kedutaan di Malaysia (Asal)
6. Sijil nikah luar negeri yang disahkan oleh kedutaan bagi yang ingin berpoligami (jika
warganegara asing) (Asal dan 1 salinan)
7. Visa Pelancong & bukan permit kerja kecuali permit kerja yang dibenarkan oleh pihak
Imigresen (Asal dan 1 salinan)
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai permohonan kebenaran nikah sila rujuk pada laman Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)