Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor 2016

rumah-mesra-rakyat-johor
Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor 2016 ok? Bantuan Subsidi Rumah Mesra Rakyat Johor. Rakyat Johor sedia maklum yang Bajet Negeri Johor tahun 2016 telah dibentangkan pada hari Khamis, 19 November 2015 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar. Salah satu perkara penting yang telah diumumkan adalah Bantuan Subsidi Rumah Mesra Rakyat Johor.

TERAS PERTAMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYATAGENDA 1: PROJEK KEHIDUPANSkim Subsidi Pembinaan / Pembaikan Rumah2. Program Rumah Mesra Rakyat Johor akan dilaksanakan bertujuan memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan menambah baik kediaman di atas tanah milik sendiri.

Program Inovatif, Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor akan dilaksanakan dan bertujuan memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan menambah baik kediaman di atas tanah milik sendiri.

Untuk melaksanakan inisiatif ini, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan dilantik menjadi kontraktor yang bertanggungjawab. Di bawah program tersebut, subsidi RM20 juta akan diberikan melalui 3 skim bantuan berdasarkan harga dan keluasan rumah. Iaitu;

a. Bantuan RM10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit,
b. Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit,
c. Bantuan RM15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit.

SUMBER : FB Datuk Hj Abd Latif Bandi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Untuk mereka yang berminat, prosedur dan syarat Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. sumber panduanmalaysia.com

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)