Kadar Baru Kompaun Saman 2016

Kadar Baru Kompaun Saman 2016 | Berikut adalah kadar terbaru kompaun saman trafik bagi kesalahanan diatas jalan raya yang mula berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.

Kadar Baru Kompaun Saman 2015

Kadar Baru Kompaun Saman 2016  ok? Kategori Pertama : Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam .
Kadar kompaun – RM 300 , tak ada kompaun

Contoh Kesalahan :

* Memandu laju melebihi 40km/j dari had yang dibenarkan.
* Melanggar lampu isyarat merah
* Tidak memakai tali pinggang keledar
* Memotong Q
* Menggunakan lorong kecemasan
* Pemandu teksi tidak menggunakan meter

2. Kategori Kedua: Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kadar kompaun – Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM150, antara 16-30 hari RM 200 dan antara 31-60 hari RM 300. Bagi motosikal bawah 250cc, RM 100, RM 150 dan RM 300.

Contoh Kesalahan :

* Memandu laju – lebihan kelajuan kurang dari 40km/j dari had yang ditetapkan
* Membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan
* Tiada lesen memandu
* Berhenti dipetak kuning
* Tidak mematuhi isyarat “No Entry”
* Brek tidak efisyen

3. Kategori Ketiga: Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kadar kompaun – 1-15 hari RM100, 16-30 hari RM 150 dan antara 31-60 hari RM 250. Bagi motosikal bawah 250cc – RM 50 , RM 100 & RM 150.

Contoh Kesalahan :

* Lampu tidak menyala
* Lampu brek tidak berfungsi
* Tidak memasang lampu
* Tidak memasang cermin sisi
* Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian

4. Kategori Keempat: Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kadar Kompaun – 1-15 hari , RM 70 , 16-31 hari – RM 120 & 31-60 hari RM 150. Motosikal bawah 250cc RM 40, RM 70 & RM 120.

Contoh kesalahan :

* Plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi
* Lesen memandu tamat tempuh
* Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan barangan
* Tidak membuat tukar milik
* Tidak mempamerkan plat ‘P’

Tags: kadar harga saman 2011/2012, kadar terbaru kompaun saman kesalahan jalan raya, kategori kesalahan jalan raya, check saman online, semakan bayaran saman online, saman kenderaan, semak kadar saman terkini 

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)