Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja
CONTOH SURAT BERHENTI KERJA 1
KFC USJ 20 DRIVE THRU,
LOT 49946, JLN P’SIARAN KEWAJIPAN,
USJ 20 47630 SUBANG JAYA SELANGOR
________________________________________________________________________
LOT 63, LORONG 3,
KG. KENANGAN BATU 13,
47100 PUCHONG SELANGOR
PERKARA: PERLETAKKAN JAWATAN
MERUJUK PERKARA DI ATAS SAYA MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR SELAKU STAFF KFC USJ 20 INGIN MELETAKKAN JAWATAN BERMULA 1/12/12 ATAS SEBAB INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA PELUANG BEKERJA DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG SAYA BEKERJA DISINI.
DISINI SAYA INGIN MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESULITAN YANG TIMBUL SEPANJANG BEKERJA DI RESTORAN INI AMAT SAYA KESALI.
SEKIAN TERIMA KASIH
YANG BENAR,
_______________________________
(MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR)
kredit Zaman Muda Ku
CONTOH SURAT BERHENTI KERJA 2 :
*********************************************************************************
Nooramyma Ommar
Batu 7 ½, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu,
Sabah.
Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Big Wheel Green Tyres 8 Mei 2014
Puan,
PER : PERLETAKAN JAWATAN
Merujuk perkara di atas, saya Nooramyma Binti Ommar, A113, bertugas sebagai General Admin and Human Resources ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 8 Mei 2014 hingga 8 Jun 2014.
Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.
Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikatkerana telah banyak memberikan tnjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________________
(NOORAMYMA OMMAR)
GA & HR
kredit : Mrs Mahadi Rosmin
Semoga Artikel mengenai Cara Menulis Surat Rasmi Berhenti kerja Terkini dapat membantu anda menulis dengan format yang betul. Selamat berjaya !
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)