APDM adalah satu pangkalan data murid yang sangat menyeluruh dan bersepadu yang bertujuan untuk mengelakan guru dari memasukkan atau mengemaskini data berulang kali dalam sistem online yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
APDM Sistem Applikasi Pengkalan Data Murid boleh klik di https://apdm.moe.gov.my/
Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Online, APDM
Pengemaskinian Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh dilakukan meliputi aspek-aspek berikut:
- Membuat pendaftaran kelas baru bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
- Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
- Melakukan pindahan kelas bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 jika murid dipindahkan ke kelas lain (naik kelas automatik telah dilakukan).
- Menyemak maklumat murid jika ada perubahan (contohnya jika murid telah berpindah sekolah, alamat dan nombor telefon akan turut berubah).
- Mengesahkan semua maklumat murid yang telah dilakukan pindaan oleh guru kelas (Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar).
Makluman Terkini | 5 Mac 2015
Ramai ibu bapa di Selangor kecewa kerana tidak lagi dibenar mendaftar anak-anak ke tahun satu sekolah rendah kerajaan di Selangor secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) mulai tahun depan, 2016. Sistem pendaftaran ESPPSEL yang diperkenalkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor tahun lalu itu akan hanya boleh digunakan bagi kali terakhir pada tahun 2015 ini untuk pendaftaran sesi persekolahan tahun 2016 sahaja. Antara aduan yang diterima daripada ibu bapa adalah mereka tidak dimaklumkan sebab ESPPSEL dihentikan untuk pendaftaran sesi persekolahan 2017.Menurutnya, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pendidikan memberi kebenaran kepada JPN Selangor menggunakan sistem ESPPSEL untuk kali terakhir tahun ini. "Mulai tahun depan, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian. sumber
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)