Surat rasmi memohon cuti ini penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak pelajar yang baik dan tiada mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Oleh itu anda boleh menjadikan contoh surat ini sebagai satu panduan untuk membina Surat Rasmi yang terbaik.
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 1Muhamad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-13 ,Taman Pauh Indah,
10358 Kangar
Perlis.
___________________________________________
Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis. 28/07/2012
Tuan/ Puan,
PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 27/07/2012 .
2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 26/07/2012 setelah pulang dari sekolah.
3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 26/07/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor djchef bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.
Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
(Ahmad Bin Latif)
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 2
Khasidah bt. Mokhtar,
471, Batu 5 ½,
Jalan Gombak,
53100 KL.
_____________________________________________________
Kepada,
Guru Tingkatan 3 Zuhrah,
SMK Setapak Indah,
Jalan 2/6, Setapak Indah,
53100 Kuala Lumpur. 16 Julai 2012
Puan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Saya, penama seperti di atas ialah ibu kepada Muhammad Izzat Amir b. Mahmud, pelajar Tingkatan 3 Zuhrah. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak hadir ke sekolah pada 16 Julai 2012.
2. Hal ini adalah disebabkan dia mengalami gangguan pernafasan, susulan penyakit asma yang dialami sejak kecil. Ketidakhadirannya sebelum ini selama dua hari berturut-turut juga disebabkan masalah yang sama.
Saya harap Cikgu memahami masalah anak saya. Saya juga berharap anak saya tidak ketinggalan dalampelajaran berikutan ketidakhadirannya. Kerjasama Cikgu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(KHASIDAH BT. MOKHTAR)
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)