Institut Latihan Perindustrian ILP | Senarai Kursus Sepenuh Masa

Senarai Kursus Di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepenuh Masa ok?  Senarai kursus ILJTM yang dipetik dari Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia , Kementerian Sumber Manusia. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah ditubuhkan bertujuan untuk  menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Senarai Kursus Di ILP Malaysia Sepenuh Masa

Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. ILJTM terdiri daripada :-
Dua puluh dua (23) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
senarai ILP

Cara Memohon Kemasukan Ke ILP Online

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon ke ILP adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.moe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai.

Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

PROGRAM PENGAJIAN DI ILP

  1. 1. Sijil Teknologi (Lepasan SPM)
  2. Teknologi Mekanik Industri
  3. Teknologi Pemesinan Am
  4. Teknologi Pemesinan CNC
  5. Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
  6. Teknologi Foundri
  7. Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  8. Teknologi Fabrikasi Logam
  9. Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas
  10. Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  11. Teknologi Automotif
  12. Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
  13. Teknologi Jaminan Kualiti
  14. Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  15. Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas)
  16. Teknologi Elektrik
  17. Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  18. Teknologi Instrumen Perindustrian
  19. Teknologi Instrumen (Kawalan Proses)
  20. Teknologi Elektronik Industri
  21. Teknologi Telekomunikasi
  22. Teknologi Mekatronik
  23. Teknologi CADD Senibina
  24. Teknologi Binaan (Bangunan)
  25. Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu)
  26. Teknologi Binaan (Paip & Sanitari)
  27. Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot
  28. Teknologi Percetakan (Grafik)
  29. Teknologi Percetakan (Pra-Cetak)
  30. Teknologi Percetakan (Cetak)
  31. Teknologi Plastik
  32. Teknologi Seramik
  33. Teknologi Komputer (Sistem)
  34. Teknologi Komputer (Rangkaian)
  35. Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
  36. Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)


2. Sijil Lanjutan (Lepasan Sijil Suruhajaya Tenaga (ST)

  1. Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A0) - 2 tahun
  2. Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A0) - 6 bulan
  3. Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A4) - 6 bulan
  4. Pendawai Elektrik 3 Fasa
  5. Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (A1) - 3 tahun


3. Diploma Teknologi Kejuruteraan (Lepasan SPM)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Binaan (Sivil & Struktur)

4. Diploma Teknologi (Lepasan SKM)

  1. Diploma Teknologi Kejuruteaan Binaan (Sivil & Struktur)
  2. Diploma Teknologi Automotif
  3. Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
  4. Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)
  5. Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)
  6. Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
  7. Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
  8. Diploma Teknologi Fabrikasi
  9. Diploma Teknologi CADD Senibina
  10. Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  11. Diploma Teknologi Instrumentasi
  12. Diploma Teknologi Elektronik
  13. Diploma Teknologi Telekomunikasi


5. Program Kolej Vokasional (KV) - Diploma Vokasional Malaysia (DVM) - Lepasan PMR

  1. DVM Teknologi Seramik
  2. DVM Teknologi Plastik
  3. DVM Teknologi CADD Senibina
  4. DVM Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas
  5. DVM Teknologi Mekatronik
  6. DVM Teknologi Instrumen Perindustrian
  7. DVM Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
  8. DVM Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  9. DVM Teknologi Foundri
  10. DVM Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Mould)
  11. DVM Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
  12. DVM Teknologi Pemesinan CNC
  13. DVM Teknologi Fabrikasi Logam
  14. DVM Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat
  15. DVM Teknologi Jaminan Kualiti
  16. DVM Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas)
  17. DVM Teknologi Komputer (Sistem)
  18. DVM Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)


Maklumat lanjut mengenai ILP dan kursus-kursus yang dijalankan, sila layari laman-laman web berikut:

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)