Cara atasi kencing tak lawas dan batuk
Kelebihan Daun Sirih
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
Petua tradisional atasi kencing tak lawas dan batuk
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
Asam Jawa
Atasi batuk
Sekiranya anda mengalami batuk berkahak dan gatal pada tekak, ambil satu sudu asam jawa dan setengah sudu kecil garam. Bancuh dengan air panas sehingga sebati. Seelok-eloknya diminum semasa masih panas. Batuk dan gatal tekak akan berkurangan. Minum bila perlu.
Asam jawa juga mengikut kata "orang-orang lama" boleh mengurangkan berat badan. Ia baik untuk dijadikan minuman harian. Air asam jawa mengikut kata orang-orang lama ini boleh mengurangkan kadar lemak di dalam badan kita.
Caranya: ambil sebuku asam jawa ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan amalkan meminumnya setiap hari. Anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing. sumber
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)