PERMOHONAN MRSM 2016 TINGKATAN 4 SECARA ONLINE

Permohonan MRSM 2016 Tingkatan 4 Online | Berikut adalah Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2016 (Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 19 Oktober sehingga 8 November 2015.
permohonan mrsm ting 4

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 4 Online

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2016 Tingkatan 4 Online

  1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp.
  2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan.
  3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM.

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 16 hingga 20 November 2015
  • Tempat dan tarikh ujian akan di pilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
  • Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
  • Pertanyaan : Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

  1. Memperolehi keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (Tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Permohonan tidak berjaya jika tiada sebarang jawapan diterima sehingga 30 April 2016

Rayuan MRSM 2016

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

    sumber asal 

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)