Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017 ok?.  Tarikh permohonan Matrikulasi dibuka bermula 1 Julai 2015 sehingga tarikh tutup 10 Oktober 30 November 2015.

permohonan-matrikulasi-kpm-2016-2017

Cara Memohon Matrikulasi KPM
Permohonan matrikulasi mesti dibuat secara online melalui:-
Sistem Permohonan Online Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum mengemukan permohonan, pemohon hendaklah membaca dulu Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program Dan Kelayakan Minimum dan Panduan Mengisi Borang dengan mengklik pautan-pautan berkenaan pada sidebar di sebelah kiri laman.
permohonan matrikulasi 2015 2016
Setelah betul-betul faham, sila klik Borang Permohonan Melalui Internet (PMI) untuk memohon.

Kemaskini dan Semak Permohonan Matrikulasi
Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan tidak melebihi 3 kali.
Sila buat semakan permohonan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi
Semakan keputusan permohonan matrikulasi untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak, boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2016.
Sebarang soalan dan masalah boleh diajukan kepada Bahagian Matrikulasi (BMKPM) melalui nombor telefon 03-88844083 atau layari laman web http://www.moe.gov.my/v/bm.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)