Himpunan FASTAQIM 60k 17 Oktober 2015

Himpunan Fastaqim 60K ok? Himpunan Fastaqim 60K : Pemuda Pasak Kebangkitan Islam yang bakal berlangsung di Kota Bharu bertujuan memperkukuhkan kekuatan ahli PAS di semua peringkat dan bermatlamat untuk menggembling kekuatan serta memimpin kebangkitan pejuang untuk terus ISTIQAMAH mendepani cabaran dan memuktamadkan kemenangan.
himpunan-fastaqim-60k
Justeru itu, keterlibatan golongan pemuda amat perlu kerana angkatan pemuda sejak dahulu hingga sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Saya yakin dan percaya, program ini bakal menyediakan pengisian yang mampu melahirkan anak muda Istiqamah yang tidak goyah dalam mendepani pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan dengan tetap bersandar dengan teguh berpegang pada tali Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Ianya juga adalah kesempatan terbaik bagi anak muda untuk membentuk jati diri dan fikrah tulen serta memulihkan kekeliruan yang mungkin timbul dalam organisasi parti.

Semoga dengan komitmen anak muda menghadirkan diri, menjadi satu simbol kepada kesediaan Pemuda Islam untuk berperanan menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelusuk alam dan mendirikan kerajaan Allah di atas muka bumi ini.

ALLAHUAKBAR !

YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. | sumber

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)