Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 29.10.2015

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 29.10.2015 ok? Festival ini akan bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2015, Orang ramai di jemput hadir untuk memeriahkan lagi festival yang akan di laksanakan. Antara perkara yang dapat anda lihat pada hari festival adalah, Pameran Kaligrafi, Keris Nusantara, Harameyn dan banyak lagi.

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2015

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa
Poster Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa
Berikut merupakan poster bagi festival kesenian dan kebudayaan islam yang akan berlangsung pada 29.10.15.

Tujuan Perlaksanaan Festival

Festival ini merupakan acara kemuncak yang menggambarkan sejarah kegemilangan Jalan Sutera dan Rangkaian Rempah. Ciri-ciri utama akan dipersembahkan di Pameran sebagai Treasures of the Silk Road and the Spice Route. Ia membuktikan bahawa Islam adalah agama yang membina insan dimana ia mengtakrifkan cara hidup mereka yang di sentuhi. Islam telah membawa era penemuan ke dalam pelbagai bidang sains dan teknologi serta seni dan kesusateraan.Oleh itu Islam telah memperkayakan pelbagai budaya yang bersemuka dengannya.

Pergaulan antara Islam dan sains telah membawa kepada kelahiran ulama dan cendekiawan Islam yang mahir di dalam ilmu Allah dan juga sains. Penyebaran Islam telah dicapai melalui Perdagangan yang sudah wujud sejak abad ke-3 disepanjangan Jalanan Sutera Darat dan Rangkaian Rempah Maritim.

Ia membuktikan bahawa Islam adalah satu satu nya agama yang benar , aman dan bertoleransi tinggi dan tidak ambil kira bangsa dan keturunan. Tiada paksaan dan penjajahan di dalam Islam.

Telah tercatat di dalam sejarah bahawa semasa Barat berada di dalam Zaman Gelap , Timur telah melalui satu tamadun yang hebat dan gemilang.

Pameran berikut di adakan dengan tujuan menyokong Pameran Utama

1- Pameran Haramain: Pameran berkenaan dua Masjid di tanah haram iaitu Masjidil Haram di Makkah Mukaramah dan Masjid Nabawi di Madina Munawarah
2- Pameran Seni Khat dari IRCICA Turki dan Al Quran Mushhaf Malaysia dari Yayasan Restu
3- Pameran Keris Nusantara

Oleh kerana kejayaan yang amat menggalakkan dari perayaan pada tahun tahun yang lepas pelbagai aktiviti aktiviti pendidikan sambil menghiburkan dan interaktif telah di masukkan didalam program saperti Pertunjukan Busana Islam , Aulad Zone , persembahan kebudayaan dari Malaysia dan Negara Negara Islam, bazaar souq , Expo Antarabangsa Buku Buku Islam, Islamic Buskers corner, PIIACUF Drum Circle dan pelbagai pertunjukan seni dan kraf saperti seni khat , tekstil dan lain lain

Jadual Aktiviti Harian Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (PIIACUF) 2015. 

Berikut merupakan Jadual Aktiviti Harian Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (PIIACUF) 2015.






Dapatkan Berita Malaysia Terkini

Delivered by FeedBurner



0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)