eSPLG | Sistem Pengurusan Latihan Guru ONLINE

eSPLG | Sistem Pengurusan Latihan Guru | Sebelum ini, kad pelaporan latihan (kad biru) digunakan bagi mencatatkan segala butiran kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru, tetapi kini penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru/SPLG telah mula digunapakai.
esplg-sistem-pengurusan-latihan-guru
Untuk makluman, projek rintis eSPLG telah dimulakan di 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan pelaksanaan penggunaan SPLG telah diperluas ke semua negeri dan bahagian melalui surat siaran bertarikh 10 Julai 2012 .

Pengenalan eSPLG

Sistem SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan. Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien.

Terdapat 2 bahagian penting di dalam eSPLG :

eSPLG-Sistem-Pengurusan-Latihan-Guru

1. Modul Kumpulan
Diuruskan oleh Setiausaha/Penyelaras LDP sekolah bagi memasukkan semua kursus/latihan yang telah dijalankan.

Setiap sekolah telah diminta untuk menghantar SULDP atau wakil bagi menghadiri taklimat e-SPLG di PPD masing-masing. Saya beranggapan SULDP telah faham dan mengetahui bagaimana cara mendaftarkan kursus menggunakan modul kumpulan.

2. Modul Individu
Semua Guru dan Staf yang telah didaftarkan boleh mengakses modul tersebut bagi tujuan Daftar 'Book Review' dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) - selain kursus yang dianjurkan oleh LDP di sekolah. Click link di bawah bagi mengetahui :


* Dikemaskini  pada September 2015 Sumber

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)