Cara Solat Jamak dan Qasar Panduan Lengkap

Berikut merupakan Cara Solat Jamak dan Qasar Panduan Lengkap. Adapun Niat, Syarat serta Cara Solat Jamak dan Qasar masih ramai yang tidak tahu mengerjakannya. Solah Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah.
cara-solat-jamak-qosar
Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya.

Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Terdapat beberapa pembahagian Solat Jamak. Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Syarat Jamak Taqdim

Terdapat beberapa syarat bagi melaksanakan solah jamak takdim, antaranya ialah :-

  • Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  • Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  • Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  • Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  • Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
  • Syarat Jamak Takhir
  • Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  • Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar

  • Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  • Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  • Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  • Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  • Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  • Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
  • Niat Solat Jamak dan Qasar

Niat Solat Jamak dan Qasar dalam Bahasa Melayu

Berikut merupakan cara untuk niat solat jamak dan qasar dalam bahasa melayu yang mudah. Namun untuk lebih baik, belajar niat dalam bahasa arab.

Jamak Taqdim dan Qasar

Jamak-Taqdim-dan-Qasar
Jamak-Taqdim-dan-Qasar

Jamak Takhir Dan Qasar

Jamak Taqdim Dan Qasar

Cara melaksanakan solat jamak dan qasar dengan tertib


  • Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  • Berdiri lurus mengadap kiblat,Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar.
  • Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  • Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  • Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  • Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  • Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  • Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

sumber

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)