Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN
Berikut 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-
1. Kaunter BSN
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan.pin unik bsn
Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.
2. ATM ( Automated Teller Machine )
Masukkan Kad dan No PinPilih Urusan – ‘Beli Pin’
Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
Pilih Jenis Program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM”
Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
‘YA’untuk meneruskan urusan
Semak Maklumat
Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
Resit Dicetak
3. SMS Banking
Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-
- Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
- Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
- Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
- Masukkan No. Telefon Bimbit
- Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
- SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
- Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.
SMS ke 36898 dengan menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
> M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.
SMS ke 36898 dengan menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
>M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)