APDM merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan bersepadu. Sistem ini bertujuan mengelakkan guru-guru daripada memasukkan atau mengemaskini data berulang kali dalam pelbagai sistem perkhidmatan online yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Laman Web APDM
Pengguna boleh login ke dalam sistem APDM di pautan berikut:
https://apdm.moe.gov.my/
Skop Data APDM
Semua data dan maklumat setiap murid ada tersimpan di dalam APDM / modul Pengurusan Murid. Ianya bermula seawal murid memasuki Darjah 1 hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk murid berkeperluan khas.Diantara data murid yang dikendalikan APDM online ialah Profil Murid, Ibu Bapa dan Penjaga, Enrolmen Murid, Kehadiran, Bantuan dan Kebajikan, Pendaftaran Tahun 1, Peralihan dan Tingkatan 1, Disiplin dan Asrama.
Data Pengurusan Murid digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta digunakan dalam penghasilan laporan dan statistik setiap murid.
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)