Semakan boleh dibuat secara online, melalui SMS atau dengan panggilan telefon. Laman web dan nombor telefon untuk semakan adalah sama sepertimana PLKN Siri 11/2014.
plkn khidmat negara
1- Semak Samada Terpilih Atau Tidak
Semak Samada Terpilih Secara Online
Semakan secara online boleh dibuat dengan melawat laman web Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara. Laman ini biasanya sangat sibuk pada waktu puncak, jadi harap bersabar. Seeloknya, lawatlah semasa waktu trafik rendah iaitu selepas jam 12 malam.
Layari laman web SEMAKAN PELATIH TERPILIH.
Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
Tekan butang “Semak” untuk membuat semakan nama PLKN.
Semak Samada Terpilih Melalui SMS (perkhidmatan mySMS)
Taip: PLKN<jarak>SEMAK<jarak>[No K/P]
Contoh: PLKN SEMAK 971114035243
Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Semak Samada Terpilih Melalui Panggilan Telefon
Anda juga boleh menghubungi nombor hotline call center JLKN iaitu B pada waktu pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang untuk menyemak status anda.
2-Semak Penempatan / Kem Latihan Calon
Jika anda sudah mengetahui anda telah tersenarai untuk PLKN, sekarang masanya untuk menyemak tarikh melapor diri dan lokasi kem latihan.
Semak Penempatan Secara Online
Layari laman web SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH.
Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
Tekan butang “Semak” untuk membuat semakan penempatan PLKN.
Semak Penempatan Melalui SMS
Taip: PLKN<jarak>KEM<jarak>[No K/P]
Contoh: PLKN KEM 971114035243
Hantarkan SMS ke 15888
Semak Penempatan Melalui Panggilan Telefon
Untuk semakan, hubungi nombor yang sama iaitu 03-40274747.
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)