Panduan Menulis Rujukan PT3 Kerja Kursus Sejarah 2016

cara-tulis-sumber-rujukan-kerja-kursus-sejarah-pt3-2016

Panduan Menulis Rujukan PT3 Kerja Kursus Sejarah 2016 ok? Berikut adalah Panduan untuk menulis Rujukan untuk Kerja Kursus Sejarah PT3 2016, yang merujuk kepada item 9 dalam penerangan mengenai soalan. Jika tiada apa perubahan diumumkan tentang cara penulisan ini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia maka panduan ini boleh digunakan.

Pewarnaan teks dalam artikel adalah untuk tujuan penerangan sahaja dan BUKAN kaedah / cara menulis rujukan dalam kerja kursus.

cara-tulis-sumber-rujukan-pt3-sejarah

1. Buku Ilmiah,
Contoh penulisan rujukan:


Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2003, Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur : DBP


Keterangan:
  • Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, - Nama Pengarang, tulis semua nama yang tercetak pada buku yang difotostat.
  • 2003 - Tahun buku diterbitkan.
  • Sejarah Tingkatan 2 - Tajuk buku, condongkan font (italic).
  • Kuala Lumpur - Tempat buku diterbitkan.
  • DBP - Syarikat yang menerbitkan buku
Info penting : Jika buku yang anda fotostat tidak ada nama pengarang, ia dianggap bukan buku ilmiah. Ia dianggap sebagai sumber lain.
2. Jurnal
Contoh penulisan rujukan::

Ahmad Masjidin, "Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara" dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah, Bil 8, April 1979.

Keterangan:

  • Ahmad Masjidin, - Nama Pengarang
  • "Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara" - Tajuk artikel.
  • Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah, - Nama Jurnal, condongkan fon (italic).
  • Bil 8, - Nombor jilid.
  • April 1979 - Tahun penerbitan.

3. Akhbar
Jika keratan akhbar merupakan bahan photostat, pastikan photostat juga nama dan tarikhnya. Tulisan tangan untuk nama dan tarikhnya tidak diterima.

Contoh penulisan rujukan:

Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5
         |                   |              |
Nama akhbar           Tarikh terbitan      Mukasurat

4. Majalah
Contoh penulisan rujukan:

Majalah Jelita, Jun 1995, halaman 5-10
   |                            |              |
Nama Majalah          Tarikh terbitan     Mukasurat

5. Orang Sumber
Contoh penulisan rujukan:

Encik Ali bin Mat, 43 tahun, No. 21, Jalan Lundu, Taman Lili, 52000, Kuala Lumpur.

Letakkan nama orang sumber, umur dana alamat tempat tinggal.

6. Melawat Tempat Kajian
Contoh penulisan rujukan:

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur

Letakkan nama tempat dan alamat.

7. Internet
Malayan Union, http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm

Letakkan tajuk artikel dan alamat laman sesawang.


8. Televisyen
  • Tajuk program
  • Tarikh
  • Masa
  • Rangkaian / Saluran TV
9. Radio
  • Tajuk program
  • Tarikh
  • Masa
  • Rangkaian / Saluran Radio

10. VCD/DVD
  • Tajuk program
  • Terbitan

11. Sumber lain
  • Jenis sumber
  • Alamat/punca sumber

sumber www.slideshare.net/ciklaili/pt3-sejarah-arahan-guru


0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)