Bonus Raya RM500 untuk Penjawat awam Johor

Bonus Raya Johor RM500 untuk Penjawat awam ok? ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada kakitangan perkhidmatan awam  sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
rm500-bonus-raya-johor

Bonus Raya Johor RM500 

Bantuan Khas Kewangan (BKK) - Menurut Mohamed Khaled, bantuan berkenaan 15,126 kakitangan perkhidmatan awam  negeri Johor dengan peruntukkan berjumlah RM5.5 juta.

"Di atas keperihatinan, kerajaan negeri dalam menghargai khidmat bakti penjawat awam sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, saya suka cita memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan BKK sebanyak RM500.

"Bantuan ini diberikan kepada 15,126 kakitangan perkhidmatan awam  negeri Johor dengan peruntukkan sebanyak RM5.5 juta dan pembayaran akan dibayar secepat mungkin sebelum Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2016 Persatuan Pegawai Tadbir negeri di Dewan Banquet, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)