Ujibakat Mentor Milenia 2016 - Tarikh dan Lokasi

Ujibakat Mentor Milenia 2016 ok? Tarikh Ujibakat Mentor Milenia 2016. Pasti ramai yang ternanti-nanti tarikh dan lokasi ujibakat rancangan rialiti Mentor TV3. Buat pengetahuan semua, program hiburan bakat baru ini akan kembali dengan konsep baru serta diberi nama Mentor Milenia.

Ujibakat-Mentor-Milenia2016

Tarikh dan Lokasi Ujibakat Mentor Milenia 2016 - Empat artis muda bakal menjadi mentor kepada protege terpilih. Black, Azlan, Akim dan Hazama adalah mentor yang akan terlibat dalam rancangan Mentor Milenia 2016 ini. Mereka bakal mencari protege pilihan masing-masing dalam masa terdekat mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan. Apa yang menarik setiap mentor bakal memiliki tiga protege.

Hazama ingin mencari protege yang boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil. Azlan pula ingin mencari protege yang mempunyai minat mendalam dalam bidang nyanyian, vokal yang mantap serta ketahanan mental serta fizikal yang kuat untuk menerima teguran.
Seorang lagi mentor iaitu Akim ingin mencari mereka yang mempunyai keunikan vokal tersendiri dan penampilan yang baik. Bagi Black pula, beliau lebih memberikan penekanan kepada vokal sebagai kriteria utama berbanding paras rupa.

Anda sudah bersedia dan mempunyai ciri-ciri seperti yang diinginkan oleh mentor diatas. Anda dialu-alukan intuk hadir sesi ujibakat yang akan diadakan di lokasi Studio Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam mengikut tarikh yang ditetapkan dibawah.

Ujibakat Mentor Milenia 2016 Black Hazama Azlan Akim

TARIKH UJIBAKAT MENTOR MILENIA

Berikut merupakan Tarikh dan Lokasi Ujibakat Mentor Milenia 2016

13/12/2015 – Hazama
19/12/2015 – Azlan
20/12/2015 – Akim
26/12/2015 – Black

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)