SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM Peperiksaan Secara Online | Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM) dan ujian anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
SAPS - Semakan ibu bapa UPSR, PMR/PT3 & SPM - Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. Ia dapat menbantu ibubapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dengan memantau prestasi akademik mereka.
Untuk membuat semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Klik pautan berikut untuk ke menu utama laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
- Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
- Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah: SAPS semakan ibubapa
- Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
- Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan online SAPS ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

Unknown
06 Ogos, 2017