Permohonan Kebenaran Kahwin Borang Online Seluruh Negeri

borang-kahwin-online

Permohonan Kebenaran Kahwin Borang Online Seluruh Negeri ok? Alhamdulillah, berikut merupakan cara untuk membuat permohonan kebenaran kahwin online.

Cara Untuk Memohon Kebenaran Kahwin Online

  1. Anda dikehendaki untuk mauk laman web SPPIM ( Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia ).
  2. Setelah anda masuk laman web SPPIM, Sila pilih pada bahagian Benar Nikah Online seperti gambar dibawah.
    kebenaran-nikah-online
  3. Setelah itu anda akan dibawa kelaman http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline, Pada bahagian ini, anda sebagai pemohon baru sila klik pada pautan Permohonan baru, seperti Gambar dibawah.
    permohonan-nikah-online
  4. Seterusnya anda akan dibawa ke laman Syarat-syarat permohonan kebenaran nikah online (BNO).
    Berikut merupakan Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online;

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE (BNO)

1 - Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
1.1 -  Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;
1.2 - Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 - Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2 - Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3 -  Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4 - Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5 - Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.

6 - Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7 - Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8 - Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9 - Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Setelah anda habis membaca semua syarat tersebut, klik pada butang Permohonan Baru,  Seperti Gambar dibawah.

pernikahan-online












  • Setelah itu anda dikehendaki mengisi semua maklumat pengantin lelaki dan perempuan pada laman ini http://www.sppim.gov.my/sppim/online/new. Anda dikehendaki mengisi semua data yang di kehendaki oleh SPPIM seperti dibawah.

  • Setelah anda Hantar pada step terakhir, anda akan dapat no rujukan anda. sila simpan no rujukan anda. contoh gambar seperti dibawah.
    borang nikah online
  • Alhamdulillah, Step terakhir anda mesti hadir ke PAID ( PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH ) untuk mendapat kelulusan permohonan bersama borang permohonan dan dokumen sokongan. Selamat berjaya ! Link muat turun borang 

    Ikut Langkah ini untuk dapatkan borang.

  • 1- Follow Fb Admin >  



  • 2- Link Borang Penting > Download dan Print Borang HIV TEST disini <
  • 3- Sebarang solan boleh pm fb admin terus atau komen
  • { 45 comments.. read them below or add one }

    Nor Rimah Nor Rimah 05 April, 2016
    camner nak dapatkan boranghiv test online ni.. puas da cari xde
    Unknown Unknown 09 April, 2016
    Borang Hiv hanya boleh didapati di klinik, Mereka akan sediakan.. kita tinggal isi sahaja.. terima kasih :)
    Wnz Wnz 30 April, 2016
    Apa no yg perlu kita call jika kita lupa nom rujukan permohonan ni. Lupa nak catat pastu trus logout..ermm
    Unknown Unknown 01 Mei, 2016
    assalamualaikum, sila rujuk pada Pejabat agama islam daerah pada pautan ini http://www.jais.gov.my/direktori/PAID
    Shafiqah Shafiqah 01 Jun, 2016
    Sya asal kedah..pasangan sya asal sabah..jd sya sorg jew ke yg kena Online borg sppim ny?mohon penjelasan
    Unknown Unknown 05 Jun, 2016
    kedua dua pasangan boleh buat permohonan online :)
    S S 06 Jun, 2016
    Saya orang kuala lumpur. Si dia pun orang kuala lumpur. Boleh ke kami isi borang online ni?
    S. Fatimah Said S. Fatimah Said 11 Jun, 2016
    assalammualaikum.. tumpang tanya.. contoh cadangan tarikh nikah awal disember, jadi bila permohonan tu perlu dibuat? dalam syarat tulis.. "Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan."

    Jadi bulan BULAN AWAL BULAN 9 BARU ISI ONLINE KE ATAU SAYA BOLEH ISI DAH SEKARANG UTK URUSAN SAH MAJIKAN SEMUA YE?

    TERIMA KASIH
    Unknown Unknown 11 Jun, 2016
    S. Fatimah Said: Anda sebaiknya lakukan sebulan awal, bagi urusan wali dan dukumen lain seperti ujian hiv mesti di sempurnakan supaya mudah urusan nanti. Isi online untuk Majlis agama dapatkan data mengenai tarikh pernikahan untuk dimasukkan kedalam sistem. terima kasih ;)
    munirah munirah 12 Jun, 2016
    tumpang tanye. hanya salah seorg je kan y perlu isi on9. kalau pasangan 1 negeri laen daerah dan pihak lelaki dah daftar on9 pihak perempuan perlu menunggu surat k.nikah dr lelaki. selepas mendapat surat k.nikah dr pihak lelaki apa y perlu di buat oleh pihak perempuan. adakah pihak perempuan perlu mengisi apa2 borang?
    Unknown Unknown 13 Jun, 2016
    Untuk pengetahuan Anda, semasa mengisi borang ini, kedua2 maklumat lelaki dan perempuan diperlukan, mana2 pihak lelaki atau wanita boleh isi, Sebolehnya kumpul dulu maklumat kedua belah pihak sebelum mengisi borang Permohonan kebenaran Kahwin.
    Jam Jam 14 Jun, 2016
    assalamualaikum sy nk tanya umur sy dh 40 lbh kena kursus jugak ke?
    Unknown Unknown 14 Jun, 2016
    Wa'alaikumsalam, Ya tuan.. Wajib kursus :)
    idah idah 23 Jun, 2016
    assalamualaikum cik, dekat mana sy boleh dptkn borang utk buat hiv test, sbb bila sy ke klinik kesihatan dia suruh sy ambil dekat laman web n print out
    Unknown Unknown 25 Jun, 2016
    sila pergi pada pautan ini untuk download borang secara online > http://www.musafirzaman.com/2016/06/hiv-test-perkahwinan-download-borang.html
    Unknown Unknown 25 Jun, 2016
    sila pergi pada pautan ini untuk download borang secara online > http://www.musafirzaman.com/2016/06/hiv-test-perkahwinan-download-borang.html
    Unknown Unknown 10 Julai, 2016
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
    Bahadurjiwa Bahadurjiwa 15 Julai, 2016
    Salam encik, kalau tersilap isi borang kena buat permohonan baru ke atau buat pindaan? Sebab xde no rujukan
    Unknown Unknown 08 Ogos, 2016
    nurul afiqah.. kamu boleh rujuk majlis agama. laporkan kesilapan.. mereka akan edit balik
    Akmerrr Akmerrr 25 Ogos, 2016
    Salam musafir zaman..
    Saya bakal bernikah pada 26/11 ini..
    X ckup 90 hri lagi lagi 5 hri lg ckup.. adakah sdh boleh isi permohonan kahwin wlaupun tidak ckup 90 hri lagi..
    Saya pengantin lelaki tgl di kedah
    Dan pengantin perempuan tgl di penang..
    Dgr kata penang utk mndptkan tok kadi agak susah dan memerlukan 2 bln utk selesai...
    Sila bantu saya
    Terima ksih...
    Boleh email sya juga
    ahmad_akmar8@yahoo.com
    Nurfarahin aniz Nurfarahin aniz 31 Ogos, 2016
    Salam,sementara kita menunggu kelulusan vorang dari pihak lelaki, bolehkah kita isi online ini dahulu yer ? Dan kalo lebih dari tarikh 14 hari kita hadir,ke paid boleh ke cik?
    Unknown Unknown 05 September, 2016
    wa'alaikumsalam, kamu boleh isi ini dahulu.. adapun ini lah yang utama untuk di isi.. lepas isi ini baru pegi jumpa paid bawa beserta hiv test result. terim kasih
    Unknown Unknown 05 September, 2016
    wa'alaikumsalam, kamu boleh isi ini dahulu.. setelah isi borang,, data maklumat bakal pengatin akan di simpan dalam sistem pengurusan paid... dan nnti bila dah dpt relust hiv test.. terus jumpa paid dan sediakan sedikit wang untuk bayar resit.. lebih kurang rm 20...
    Unknown Unknown 05 September, 2016
    permohonan lama masih boleh digunakan.. untuk lebih lanjut call majlis agama negiri masing2..
    Unknown Unknown 13 September, 2016
    Salam..sy nak tanya..saya sekarang bekerja di KL..akan bernikah di melaka..borang hiv test tu jabatan agama islam wilayah punya..so boleh diguna kan ke? Atau sy kena ambil yg melaka punya?
    Unknown Unknown 06 Oktober, 2016
    assalamualaikum ,saya dah bermaustatin di kl sudah 12 tahun ,layak ke saya untuk isi borang online ini dan akan bernikah di penang pada disember ini ? terima kasih
    Unknown Unknown 06 Oktober, 2016
    Assalamualaikum.. nak tny.. blh ke kalau buat ujian hiv dulu sebelum selesai kan surat2 untuk kedue2 pasangan?
    Unknown Unknown 11 Oktober, 2016
    boleh di ambil dimana2.. terima kasih
    Unknown Unknown 11 Oktober, 2016
    wa'alaikumsalam. boleh..
    Unknown Unknown 11 Oktober, 2016
    ya boleh isi.. silakan
    Tanpa Nama Tanpa Nama 13 Oktober, 2016
    Salam,boleh tak isi dulu BNO sblm buat hiv test utk negeri kedah?
    Unknown Unknown 17 Oktober, 2016
    Salam. Sy berasal negeri sembilan tapi berkerja di KL. Boleh ke buat ujian hiv test di KL dgn menggunakan borang hiv test wilayah persekutuan? T. Kasih
    Unknown Unknown 18 Oktober, 2016
    wa'alaikumsalam, boleh diaman2.. terima kasih
    Accappo Accappo 09 November, 2016
    Salam,
    saya ada baca komen "kelulusan borang dari pihak lelaki" . Mana boleh saya dapat borang ni sebelum nak submit borang online ni? terima kasih
    Unknown Unknown 09 November, 2016
    Assalamualaikum, Saya nak tyer, kalo lebih dari 14 hari mcm mane yer? Sbb sy dah lebih dr sbulan..trima kasih
    QAQA atiqah QAQA atiqah 21 November, 2016
    Assalammualaikum.
    Saya sgt keliru. Pasangan sy berasal dari KL (IC,ALAMAT, KERJA di KL). Saya alamat di n.sembilan. dan ingin bernikah di n.sembilan. sebelum mengisi BNO.
    1.Pihak lelaki perlu atau tidak pejabat agama kuala lumpur untuk mendapatkan surat kebenaran bernikah luar kariah?
    2. Setelah mendapat surat kebenaran bernikah luar kariah baru boleh isi BNO? Macam tu ke?

    Terima kasih atas jawapan 😊
    Tanpa Nama Tanpa Nama 04 Januari, 2017
    Kalau lelaki org kedah n perempuan org selangor, dedua kna isi atau salah sorg sahaja? Then kalau lelaki dh isi BNO ni. Pihak perempuan just isi online dkt dlm web jais shja ke? Mohon pencerahan. Tak faham ��������
    Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Januari, 2017
    assalamualaikum.. sy nk tnya kalau tarikh nikah sy pada 28/4/2017.. boleh ke sy nk isi sekarang.. sebab belum ckup 90 hari dari hari nikah tu..?
    Liza Liza 13 Mac, 2017
    Assalamualaikum... Saya nak tanya,tunang mastautin di KL Dan saya asal terengganu.. Majlis akad nikah nk buat Di Negeri terengganu. Boleh ke isi borang online ini?
    Unknown Unknown 24 Mei, 2017
    Assalammualaikum, saya ada soalan ingin bertanya. Saya dan tunang saya merancang untuk bernikah di malaysia. Tunang saya dari United kingdom england apakah syarat2 yang diperlukan?
    Unknown Unknown 09 Jun, 2017
    Salam nk tnye, kalau pengantin perempuan org luar negara blh ke pakai BNO nie?
    Unknown Unknown 26 Julai, 2017
    assalam..nak tanya klu kahwin di negeri 9 pompuan kene isi borang online ke
    life is awesome life is awesome 28 September, 2017
    As salam. Saya nak tanya,lepas dah isi borang online,kita kena print dokumen yg dorang nak pastu terus pergi ke pejabat agama ke? Sbb sy belum buat HIV lg. Ke kena buat hiv dulu baru pergi pejabat agama.

    Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)