Juara Parodi 2015 Astro | Senarai Peserta

Senarai Peserta Juara Parodi 2015 Astro | Rancangan Komedi terbaru Astro iaitu Program Juara Parodi 2015 telah bermula pada 6 November 2015 dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD.

Juara Parodi 2015 Astro

Juara Parodi merupakan sebuah program yang menggabungkan komedi dan nyanyian. Program berunsur hiburan ini akan berlangsung selama 12 minggu secara langsung di mana penyanyi-penyanyi dan pelawak-pelawak popular tanahair bakal membentuk kumpulan dan berentap sesama mereka. Mereka akan ditugaskan untuk memparodikan lagu-lagu yang pernah menggamitkan Malaysia suatu ketika dahulu.
Juara Parodi 2015 Astro

Senarai Peserta Juara Parodi 2015 Astro

Peserta Juara Parodi 2015 akan diadili oleh juri profesional berdasarkan kriteria yang ditetapkan dengan mewakili sebanyak 70 peratus markah. Manakala. 30 peratus markah adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas pada setiap minggu.

Berikut adalah senarai peserta program Juara Parodi 2015 yang mengabungkan barisan penyanyi dan pelawak terhebat

  • Awie
  • Misha Omar
  • Mark Adam
  • Tomok
  • Black
  • Sam Bunkface
  • Mawi
  • Firman
  • Zahid
  • Waris
  • Ajak & Shahrol Shiro
  • Shuib (Sepahtu)
  • Rahim R2
  • Joey & Shuk
  • Zulin Aziz & Sherry
  • Azlee & Lan Pet Pet
  • Yus & Tauke Jambu
  • Abam & Fad Bocey
  • Kumpulan Zero
  • Achey Bocey

Format Rancangan

Format program ini sangat unik apabila menggabungkan penyanyi dan pelawak dalam satu pasukan dan bertanding setiap minggu mengikut tema yang diberikan.

  • Hos - Najib Ali dan Dina Nadzir 
  • Juri - Afdlin Shauki dan Zainal Abidin

Hadiah Program Juara Parodi 2015

Juara  - wang tunai RM300,000 dan trofi
Peserta akhir - wang tunai sebanyak RM200,000 beserta trofi untuk setiap kumpulan.

Juara Parodi akan dihoskan oleh Najib Ali dan Dina Nadzir sementara tugas juri akan digalas oleh Afdlin Shauki dan Zainal Abidin. sumber

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)