PPA1M Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online

PPA1M Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online, Sukacita dimaklumkan bahawa projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah dibuka untuk permohonan kepada semua penjawat awam di semua perkhidmatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan

ppa1m-borang-permohonan

Permohonan PPA1M online

Borang Permohonan & Pendaftaran PPA1M Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Online
PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Pada 1 Oktober 2014, Unit PPA1M, JPM ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPA1M. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPA1M, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.Syarat kelayakan pendapatan maksima untuk permohonan juga telah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000 sebulan bagi pendapatan kasar suami,isteri atau isirumah.

Borang Dan Syarat Permohonan PPA1M


Alamat PPA1M

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)