Penjaga Gol Baru JDT | Biodata Samuel Somerville

Biodata Samuel Somerville Penjaga Gol Baru JDT ok? Trend pemain darah kacukan ke Malaysia. Kejayaan tiga pemain berdarah kacukan dengan bakat yang hebat telah memberi dimensi baru kepada bolasepak Malaysia. Kehadiran Junior Eldstal, Brendan Gan dan Matthew Davies telah memberikan sumbangan bermakna kepada skuad Malaysia dan keadaan ini memberi peluang kepada beberapa pemain berdarah kacukan/ naturalisasi untuk mencuba nasib di Malaysia.

Samuel Somerville JDT
Samuel-Somerville-penjaga-gol-jdt
Samuel Somerville (Kanan)

Biodata Samuel Somerville Penjaga Gol Baru JDT
Terbaru FB Johor Southern Tigers mengucapkan selamat datang kepada Samuel Somerville, pemain posisi penjaga gol berusia 21 tahun.

Berikut adalah biodata penuh Samuel Somerville :- 

  • Nama :     Samuel Jacob Somerville
  • Tarikh lahir :    1 Mac 1994 (umur 21 tahun)
  • Tempat lahir :   Farnborough, England
  • Tinggi     1.84 m (6 ft 0 in)
  • Posisi : Penjaga Gol/ Goalkeeper

Sam Somerville sebelum ini telah mewakili kelab Slough Town FC dalam Southern Football League Premier Division di England. Neneknya berasal dari Kulim, Kedah dan beliau adalah rakan karib kepada Junior Eldstål yang berhijrah ke negara ini.

Sementara itu terdapat beberapa pemain kacukan yang berminat ke Malaysia seperti berikut :-

  • Curran L Singh Ferns (Australia - pemain tengah)
  • Daniel Ting (England - pertahanan tengah)
  • Kevin Siak Khin Gunter (Switzerland - pemain tengah)
  • Nicholas Ryan Swirad (England - pertahanan tengah)
  • Shazlee Ramlee (Australia - pemain tengah)
  • Darren Lok (England - penyerang)

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)