PANDUAN PERMOHONAN SUKARELA PLKN 2015/2016

PANDUAN PERMOHONAN SUKARELA PLKN 2015/2016 ok? Berikut merupakan panduan Permohonan sukarela PLKN.

Panduan Permohonan sukarela PLKN

  1. Penyertaan Sukarela dibuka untuk remaja kelahiran tahun semasa dan dua tahun sebelumnya sahaja. 
  2. Tarikh tutup permohonan adalah 60 hari sebelum bermulanya latihan bagi setiap kumpulan yang dimohon. 
  3. Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
  4. Borang ini hendaklah ditandatangan oleh pemohon dan dihantar ke Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui kaedah di bawah.

a) Secara pos ke alamat Unit Sukarela, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia, Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur Ataupun melalui cara berikut
b) Secara kepilan dokumen di portal www.informasi.khidmatnegara.gov.my
c) Emel di alamat sukarela@khidmatnegara.gov.my d) Faks di talian 03-40274333 / 4224 Sebarang keterangan lanjut boleh didapati di Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia di pautan http://www.khidmatnegara.gov.my 
Untuk download borang klik pautan ini -  PLKN 2015 SUKARELA | Borang/ cara permohonan Online


0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)