JDT Vs Istiklol FC | Tarikh Perlawanan Akhir Final AFC Cup 2015

Tarikh Perlawanan Akhir JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015 ok? Tarikh Perlawanan Akhir AFC Cup 2015 JDT Vs Istiklol FC. Umum sedia maklum yang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melakar sejarah menjadi pasukan pertama tanah air melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015.
perlawanan-akhir-jdt-vs-istikol-fc

Tarikh Perlawanan Akhir JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015

  • Final Piala AFC (AFC Cup 2015)
  • JDT (Malaysia) VS ISTIKLOL (Tajikistan)
  • Tarikh : 31 Oktober 2015
  • Tempat : Dushanbe, Tajikistan
Perkara ini telah diumumkan menerusi satu kenyataan di petik dari Laman Web AFC :-
Following the decision by FIFA to suspend the Kuwait Football Association and its members from all football activities Kuwait SC and Qadsia SC are no longer eligible to compete in the AFC Cup semi-finals.

The AFC Cup final therefore will now be between Johor Darul Ta'zim of Malaysia and FC Istiklol of Tajikistan. The final will be played on October 31 in Dushanbe in Tajikistan.

JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015Laman web Johor Southern Tigers juga membuat kenyataan sama hari ini yang memaklumkan JDT akan mara ke perlawanan akhir berikutan pembatalan perlawanan pusingan kedua separuh akhir dengan Al-Qadsia yang dijadualkan pada 20 Oktober ini.

Tindakan ini diambil oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA akibat masalah yang ditimbulkan oleh Pasukan Bolasepak Kuwait dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.

Sehubungan itu, FIFA menghalang pasukan-pasukan daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC bertemu pasukan FC Istiklol dari Tajikistan dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Menurut JDT, peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Semalam, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.

FIFA mengambil keputusan tersebut dengan segera setelah memberi amaran keras kepad KFA supaya elak daripada melaksanakan undang-undang baru tersebut. sumber

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)