Wanita maut, motosikal terbakar | Putrajaya: Seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Kilometer (KM) 10.7 Lebuh Raya ELITE menghala Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.31 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, wanita yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala motosikalnya terbakar 100 peratus.
"Sementara pemandu kereta Volvo dan Honda serta rakannya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Putrajaya dengan ambulan. "Pemandu kereta Viva pula dihantar oleh orang awam ke hospital sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.
Gambar di sekitar kejadian kemalangan |
sumber metro
Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)