Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online | SAPS

Saps-semakan ibubapa
SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Terkini | Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM) dan ujian anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. Ia dapat menbantu ibubapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dengan memantau prestasi akademik mereka.

SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan anda membuat semakan selepas markah diisi.

Cara Untuk Mebuat Semakan SAPS

  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa 
    [ https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php ] untuk ke menu utama. SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah: SAPS semakan ibubapa
  4. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan online SAPS   ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

Panduan Buat Guru > Panduan Masukkan Markah kedalam Sisten SAP

4 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 22 November, 2015
Website untuk keputusan peperiksaan PT3 ada?
Unknown Unknown 16 Januari, 2016
website upkk yang mana
Unknown Unknown 05 Jun, 2016
Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online | SAPS

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)